Ditulis
oleh Ahmad Zainuddin, Lc
Allah telah menjanjikan
kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang digambarkan di
bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA
ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Dari Anas ra. Ia
berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai
keluarga yang terdiri dari manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu
Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda
menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran
dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang
istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA YANG
PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Dari Abdullah Bin Amr
Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para ahli Al
Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah Al Quran
dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia.
Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau
baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH
ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w
"Dari Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para
pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni
syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG
MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah s..a.w
"Dari Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati
Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang
tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran
tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang adil."
5.HATI PENGHAFAL AL-QURAN
TIDAK DI SIKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" Dari Abdullah Bin
Mas'ud ra. Dari nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran
kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran ini
adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan barangsiapa
yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK
MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w. :
"Dari Ibnu Mas'ud ra.
Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam dalam solat
suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH
S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Jabir Bin
Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang dari orang-orang yang
gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w.
bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?"
apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w
memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT
KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Ali Bin
Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran
dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya
telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN AKAN
MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Abu
Hurairah ra.dari nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al Quran
nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata; "Wahai
Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru." Maka orang
tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan tambahlah
pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al Quran lalu
berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya di katakan;
"Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri tambahan
satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN MERUPAKAN
BEKAL YANG PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari jabir bin
nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan
kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada
sesuatu yang berasal dari-Nya yaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI
PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Buraidah
Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda:
"Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika
penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia
bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab;
"saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah
kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan
membuatmu tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan
mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang
semua dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan
kanannya dan diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya
dipasang mahkota perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru
lagi bagus yang harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia
keseluruhannya. Kedua orang tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri
dengan pakaian begini?". Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafal Al
Quran."
Kemudian kepada penghafal
Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah ketingkat-tingkat
syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik selagi ia tetap
membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEMPATI TINGKATAN
TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Dari Sisyah ra
ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan
syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di
masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak
ada tingkatan lagi sesudah itu.
Semoga
dengan memahami hal ini, kita semua bisa lebih terpacu untuk bisa menghafal Al
Qur’an setiap harinya, semampu kita.
Source : http://www.ahmadzainuddin.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar